Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini...
Bismillahirrahmanirrahim.. saya mulakan pengakuan jujur dan ikhlas saya ini dengan mutiara kata dari Dato' Dr. Noordin Darus...
"Jika Anda Fikir Kesihatan Itu Mahal, Cubalah Kesakitan..."
Ya.. saya terlalu setuju dengan kata-kata Dato' Dr. Noordin kerana saya sendiri telah mengalami kesakitan zahir dan batin selama lebih 2 tahun.... sehingga saya seperti orang yang mengalami masalah mental yang tidak berupaya menguruskan diri sendiri dan lama kelamaan saya terlantar sehingga tidak boleh berjalan walau untuk 5 meter sekali pun.
Saya menanggung penderitaan selama lebih 2 tahun. Terlalu sukar bagaimana saya mahu menceritakan apa sakit yang sebenarnya kerana pada awalnya apabila ke doktor, doktor mengesahkan saya sihat dan tidak ada apa-apa sakit. Tetapi apa yang peliknya semakin hari saya menjadi semakin tidak kenal diri saya, tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling saya hingga mengabaikan tugas saya sebagai seorang isteri, ibu, anak, pekerja dan juga masyarakat. Saya umpama ORANG GILA dan hanya memikirkan MATI SAHAJA! Saya juga tidak boleh melihat wajah bekas suami saya walaupun cuma mendengar namanya! Ada satu perasaan benci sebencinya pada dirinya sehingga mendengar suaranya pun saya boleh PUTUS NAFAS!Para perawat Islam menyatakan sakit saya ini disebabkan SIHIR! Wallahu'alam...
Bekas suami dan keluarga saya tidak jemu-jemu mencari PENAWAR untuk "SAKIT MISTERI" saya sehinga serata pelosok bumi ALLAH ini mereke jelajah bagu menyembuhkan diri saya. Mana tidaknya, dari seorang yang berjiwa kental, tabah, lemah lembut saya bertukar kepada seorang yang lemah, tidak mampu kenal diri sendiri. agresif dan hanya tahu mengamuk. Menurut cerita ibu saya dunia saya waktu itu CUMA makan dan tidur sahaja!
Sehingga saya dibuang kerja dari sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang dan saya hilang jawatan dan sumber pendapatan sebanyak RM4K sebulan kerana saya tidak ada surat doktor yang boleh membuktikan saya sakit dan tidak boleh kembali bekerja. Saya semakin sakit sehingga penyakit ZAHIR mula muncul.
Pada awalnya saya merasakan nyeri di bahagian bawah perut sebelah kiri dan lama-kelamaan sakit itu semakin sakit sehingga seluruh sebelah kiri badan saya merasa kebas hingga saya tidak mampu berjalan sejauh walau sejauh 5 meter! Apabila terasa mahu ke tandas bukan yang sepatutnya keluar tetapi DARAH YANG BANYAK UMPAMA AIR PAIP YANG MENGALIR KELUAR HINGGA SAYA PITAM!
Sudah banyak klinik yang saya pergi dan doktor membuat ultrasound tetapi tidak ada apa-apa yang kelihatan, doktor suspect saya kemungkinan mendapat KANSER OVARI dan mahu saya pergi segera ke hospital utuk membuat MRI. Doktor juga menyatakan sekiranya saya lambat mendapatkan rawatan lanjut saya BERKEMUNGKINAN AKAN LUMPUH SELURUH SEBELAH KIRI BADAN SAYA! Tetapi apakan daya saya tidak punya cukup duit untuk ke hospital dan saya tidak putuus-putus berdoa semoga ALLAH SWT memberi petunjuk supaya saya boleh mengurangkan rasa sakit ini dan meneruskan hidup saya tanpa perlu ke hospital buat sementara waktu.