Saturday, September 4, 2010

Rx17 ~ Sistem Penyembuhan Semulajadi

Seperti yang telah diperjelaskan tadi, badan kita mempunyai sistem penyembuhan tersendiri atau semulajadi. Malangnya, sistem ini tidak diberi peluang untuk berfungsi dengan berkesan dan sepenuhnya.

Kehidupan seharian kita adalah sentiasa berdasarkan pemindahan dan penyesuaian informasi. Seperti juga makanan yang kita makan, informasi perlu dihadam, diubah dan dikeluarkan. Jika proses pemindahan informasi ini diganggu atau dicemar, akibatnya adalah penyakit. Sebab itulah salah satu punca penyakit adalah stres. Orang yang pemikirannya sentiasa diganggu tidak mungkin boleh hidup sihat. Seperti kata pepatah, kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu adalah penting untuk kita tahu apa yang kita masukkan ke dalam tubuh badan kita.





Daripada gambar di atas, kita dapat lihat bahawa tahap Kesedaran boleh ditukar kepada Informasi dan sebaliknya. Informasi kemudiannya boleh ditukar kepada Tenaga dan akhir sekali kepada Benda. Proses ini boleh diterbalikkan, bermakna Benda boleh ditukar menjadi Tenaga dan seterusnya. Prinsip yang hendak diketengahkan ialah bahawa kesemua ini harus bekerja dengan harmoni supaya Sistem-Penyembuhan-Semulajadi (SHS) kita boleh berfungsi dengan berkesan.

Rx17™ dicipta untuk berfungsi pada tahap informasi yang, seperti yang telah diperjelaskan di atas, boleh memberi impak kepada tahap tenaga, biokimia dan struktur tubuh kita. Rx17™ membantu dalam "Keseimbangan informasi" kepada Sistem-Penyembuhan-Semulajadi kita sekaligus memberi kesihatan optimum.

Setiap yang sempurna itu adalah gabungan bahagian-bahagian kecil. Badan kita yang sempurna adalah gabungan semua komponen yang menjadikan kita lengkap termasuklah komponen informasi yang diserapkan. Umpamanya, KITA adalah bukan sahaja gabungan tenaga fisiologi, biokimia dan fizikal tetapi juga gabungan fikiran dan emosi, sejarah hidup, pengalaman, genetik, persekitaran, gaya hidup dan aura di sekeliling kita.

Rx17™ merangkumi kesemua elemen ini dan ia akan berfungsi dengan baik jika kita bersedia untuk menyembuhkan diri kita sendiri. Inilah yang dinamakan Sistem-Penyembuhan-Semulajadi.

Rx17™ adalah lebih daripada hanya radionik, elektronik atau satu program berdasarkan resonan dan ia juga bukan sekadar air mineral yang bertenaga seperti yang terdapat di pasaran sekarang. Kelebihan Rx17™ ialah ia menggunakan informasi dalam pelbagai cara termasuk kata-kata, isyarat, kawalan minda, dan emosi walaupun elemen-elemen ini lazimnya tidak diiktiraf dan diketepikan sahaja.

Berdasarkan prinsip-prinsip terkini dalam sains perubatan air, Rx17™ menembusi aliran tenaga dan informasi yang boleh memberi keseimbangan Minda, Fizikal dan Rohani. Perubatan MiFiRo ini boleh menangani stres yang selama ini tidak mempunyai jawapan atau penjelasan mengenainya seperti gangguan mental dan emosi.

Dan buat pertama kalinya dalam sejarah, Rx17™ menyatukan 17 bahan semulajadi dalam air minuman. Rx17™ boleh dianggap sebagai tonik kesihatan untuk hidup sihat sejahtera sepanjang hayat.


0 comments:

Post a Comment