Saturday, September 4, 2010

Rx17 ~ TERAPI AIR PENYEMBUH AURA




Setelah mengalami penderitaan penyakit kanser darah pada tahun 2001, Dr. Noordin Darus, seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di tanah air ini, bertekad untuk menjadi pelopor Kesejahteraan dengan menggunakan cara perubatan yang mudah. Beliau mengambil iktibar daripada penderitaan yang beliau lalui dengan memperkenalkan Terapi Air Penyembuh Aura atau lebih dikenali dengan Rx-Water®.



--------------------------------------------------------------------------------

Kejayaan Rx-Water® yang menakjubkan telah memberi Dr. Noordin semangat untuk mengkaji kuasa sains perubatan air dan bagaimana ia boleh membantu manusia menangani masalah penyakit-penyakit kronik.

Kita semua tahu bahawa air adalah ibu segala ubat. Tubuh badan kita mempunyai Sistem-Penyembuhan-Semulajadi atau Self-Healing-System (SHS) dalam bahasa Inggeris. SHS kita merangkumi pertuturan, pemikiran, dan tingkah laku kita sendiri yang sebenarnya adalah sama pentingnya dengan air yang kita minum, makanan yang kita makan, persekitaran dan gaya hidup yang kita lalui. Semua penyakit datangnya daripada rohani dan fizikal. Oleh itu rawatan hendaklah merangkumi Minda, Fizikal dan Rohani. Singgahsana kesejahteraan adalah terletak dalam hati kita. Penyembuhan berlaku apabila hati kita bersih dan suci. Atas sebab-sebab inilah Dr. Noordin memperkenalkan Terapi MiFiRo (Minda, Fizikal, Rohani).

Dengan menggunakan prinsip MiFiRo, Teknologi Penyembuh Aura Rx-Water®, nutrien dan khasiat kesejahteraan yang dipindahkan melalui informasi, maka lahirlah Rx17™! Rx17™ mempunyai 7 Remedi Fizikal, 17 Khasiat Kesejahteraan dan 179 Informasi Nutrien. Rx17™ adalah penemuan yang terbaik selepas Rx-Water®. Bagi Dr. Noordin semua penyakit ada ubatnya.

Dr. Noordin sedar bahawa kebanyakan kaedah penyembuhan menggunakan sama ada Tahap Beta atau Tahap Kesedaran, iaitu apa yang kita sedar dan nampak. Ada segelintir yang menggunakan Tahap Alpha / Theta atau Tahap Separuh Sedar. Tetapi, apa yang sering dilupakan ialah Tahap Delta atau Tahap Tak Sedar dan Tak Nampak langsung. Dr. Noordin telah menggabungkan ketiga-tiga tahap ini untuk menghasilkan satu minuman yang lengkap yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Penemuan yang hebat ini merangkumi 7 tahap penyembuhan :

•Kesedaran (disedari)

•Kesedaran (tidak disedari)

•Separuh sedar tahap Alfa

•Separuh sedar tahap Theta

•Tidak sedar tahap Delta

•Keajaiban (melampaui tahap pemahaman manusia)

•Tahap Ketuhanan. Yang Maha Agung
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment